Isnin, 4 Mei 2009

Terima Sumbangan Kerajaan Negeri

Pada 14 April yang lalu, Sekolah Tahfiz Al Islah (STAIL) telah menerima sumbangan sebanyak RM125 000 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng. Pegawai Projek & Pembangunan Insan Sekolah Tahfiz Al Islah (STAIL) dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART), Budiyanto b Unggun telah hadir bagi menerima sumbangan tersebut.

Majlis tersebut yang berlangsung di KOMTAR turut dihadiri oleh semua wakil 17 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Pulau Pinang. Antara sekolah yang turut menerima sumbangan tersebut ialah Sekolah Agama Al Aminiah, Manabil Ulum, Daeratul Ma'rifil Wataniah, Sekolah Agama Al Irsyad Sg Bakap dan Ma'ahad Al Mashoor Al Islami. Penerima sumbangan tertinggi ialah Al Aminiah yang menerima RM480 000. RM300 000 daripada sumbangan tersebut adalah peruntukan bagi membina sebuah makmal sains di sekolah tersebut yang boleh digunakan oleh semua SAR.

Pihak STAIL-SMART merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah memberi sumbangan ini. Adalah diharapkan agar s berterusan pada tahun-tahun yang akan datang bagi memastikan Sekolah Agama Rakyat mempunyai sumber kewangan yang mantap dan melicinkan pengurusan sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan