Jumaat, 8 Mei 2009

Individu Bayar Zakat RM1.2 Juta


Tarikh 20 April 2009 adalah detik yang amat bersejarah bagi Pusat Pendidikan STAIL-SMART kerana seorang hamba Allah bernama En Ismail b Muhamad telah membayar zakat pendapatannya berjumlah RM1.2 juta kepada pihak sekolah. Beliau telah datang bersama setiausahanya diiringi Ustaz Abd Ghani yang telah menyarankan kepada Ismail untuk membayar zakat kepada pihak sekolah.

En Ismail bersetuju membayar zakatnya kepada Pusat Pendidikan STAIL-SMART kerana ingin membantu pihak sekolah membina bangunan yang dalam proses pembinaan sekarang. Beliau amat berharap agar projek pembinaan ini akan dapat disiapkan dengan segera agar murid-murid dapat belajar dalam suasana yang lebih kondisif. Ustaz Ahmad Fahmi b Abu Bakar selaku Mudir Am Pusat Pendidikan STAIL-SMART telah menerima bayaran zakat tersebut. Turut sama dalam majlis tersebut ialah Dr Abd Hadi b Abd Rahman, Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) Pusat Pndidikan STAIL-SMART dan Bendahari JPS iaitu Tuan Haji Ibrahim b Hasan.

Ustaz Ahmad Fahmi telah membawa En Ismail melawat ke tapak projek bagi melihat sendiri proses pembinaan yang sedang berjalan. Sebaik selesai semua urusan, Ustaz Ahmad Fahmi telah membawa cek RM1.2 juta itu terus ke Majlis Agama Islam Perlis bagi diserahkan kepada pihak zakat Perlis yang akan memulangkan RM600 000 kepada pihak sekolah. Semoga dengan bayaran zakat yang terbesar pernah diterima pihak sekolah ini akan merancakkan lagi pembinaan ini.

Selasa, 5 Mei 2009

Gambar-gambar Pembinaan

Berikut ialah gambar-gambar pembinaan dasar yang sedang berjalan di tapak projek STAIL-SMART.






Isnin, 4 Mei 2009

Terima Sumbangan Kerajaan Negeri

Pada 14 April yang lalu, Sekolah Tahfiz Al Islah (STAIL) telah menerima sumbangan sebanyak RM125 000 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng. Pegawai Projek & Pembangunan Insan Sekolah Tahfiz Al Islah (STAIL) dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART), Budiyanto b Unggun telah hadir bagi menerima sumbangan tersebut.

Majlis tersebut yang berlangsung di KOMTAR turut dihadiri oleh semua wakil 17 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Pulau Pinang. Antara sekolah yang turut menerima sumbangan tersebut ialah Sekolah Agama Al Aminiah, Manabil Ulum, Daeratul Ma'rifil Wataniah, Sekolah Agama Al Irsyad Sg Bakap dan Ma'ahad Al Mashoor Al Islami. Penerima sumbangan tertinggi ialah Al Aminiah yang menerima RM480 000. RM300 000 daripada sumbangan tersebut adalah peruntukan bagi membina sebuah makmal sains di sekolah tersebut yang boleh digunakan oleh semua SAR.

Pihak STAIL-SMART merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah memberi sumbangan ini. Adalah diharapkan agar s berterusan pada tahun-tahun yang akan datang bagi memastikan Sekolah Agama Rakyat mempunyai sumber kewangan yang mantap dan melicinkan pengurusan sekolah.

Ahad, 3 Mei 2009

Projek Pembangunan Bersambung

Setelah terhenti lebih kurang tiga bulan, Projek Pembangunan STAIL-SMART telah bersambung semula awal April yang lepas. Projek bersambung semula dengan pembinaan dasar bangunan setelah kerja-kerja penanaman cerucuk selesai hujung Disember yang lalu.

Projek pembinaan ini terhenti selama tiga bulan adalah kerana dana yang tidak mencukupi setelah wang sebanyak RM2300 000 digunakan bagi kerja-kerja penanaman cerucuk. Anggaran kos bagi kerja-kerja pembinaan dasar bangunan ini lebih kurang RM200 000. Kos keseluruhan projek adalah sebanyak RM2 juta. Hampir RM500 000 telah digunakan setakat ini bagi kerja-kerja penanaman cerucuk dan pembinaan dasar bangunan. Oleh itu pihak kami masih memerlukan dana sebanyak RM1.5 juta bagi merealisasikan pembinaan bangunan ini.

Kami merayu dan menyeru kepada seluruh muslimin dan muslimat agar terus memberikan sumbangan kewangan anda kepada kami bagi tujuan pembangunan ini. Kami amat mengharapkan agar bangunan ini dapat disiapkan penghujung tahun ini (2009) bagi membolehkan ia digunakan pada sesi pengajian tahun hadapan. Bersamalah membantu kami membantu Pendidikan Islam di Pulau Pinang khasnya dan di Malaysia amnya.

Maaf, Lama Tiada Entri

Pihak STAIL memohon banyak kemaafan kepada pelawat blog ini kerana sudah sebulan tiada langsung entri di dalam blog ini. Insya Allah entri akan dimasukkan kembali dengan kadar segera bagi memberi maklumat pembangunan kepada para pelawat.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelawat yang sudi mengunjungi blog kami selama ini. Doakan semoga kami diberi kekuatan untuk mengemaskini blog ini dan moga bangunan kekal yang sedang dalam pembinaan ini dapat disiapkan dengan seberapa segera yang boleh.