Rabu, 1 April 2009

Beribadah Aqiqah Sambil Beramal Jariah

SEJARAH KEMBOJA

Kemboja adalah sebuah negara yang kecil dan miskin yang terletak di Asia Tenggara. Kebanyakan rakyatnya buta huruf dan selama berabad-abad bergantung kepada sektor pertanian seperti tanaman padi dan getah.

Majoriti masyarakatnya terdiri daripada bangsa Khmer, yang beragama Buddha dan merupakan sebuah kumpulan etnik tertua di kawasan tersebut. Manakala penduduk Islam adalah masyarakat minority yang berjumlah dalam lingkungan 500 ribu orang.

Pada tahun 1975 hingga 1979, kawasan sawah padi telah bertukar menjadi sebuah “padang pembunuhan”. Kira-kira 3 juta orang telah dibunuh, samaada ditembak, ditetak, dicekik atau dibiarkan mati kelaparan. Peristiwa itu telah menyebabkan penduduk Kemboja terus berada di dalam kemiskinan dan kemunduran sehingga ke hari ini.

KELEBIHAN MELAKSANAKAN IBADAH AQIQAH DI KEMBOJA
1. Sumber Pendapatan/ Ekonomi
2. Sedekah
3. Pembangunan Masyarakat & Pendidikan
4. Jamuan Pelajar Sekolah Agama
5. Kenduri Kahwin
6. Program-Program Kebajikan

LATAR BELAKANG PROGRAM AQIQAH

Menyembelih aqiqah adalah “sunat muakkad”. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama".
Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu melepaskan bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.

Oleh itu, pihak STAIL telah berjaya melaksanakan program korban & aqiqah pada tahun 2007 sebanyak 52 ekor lembu dan tahun 2008 sebanyak 41 ekor lembu. Manakala pada tahun ini pihak STAIL menawarkan program aqiqah untuk sepanjang tahun.

Objektif
1)Membantu mengadakan kenduri untuk masyarakat Islam Kemboja
2)Menyalurkan bantuan kepada institusi-institusi Islam di Kemboja
3)Menaja pelajar-pelajar miskin Kemboja untuk belajar di Kemboja dan diluar Kemboja khususnya di Malaysia
4)Menaja pelajar-pelajar dari Negara-negara lain seperti Acheh dan Thailand untuk belajar di STAIL/SMART
5)Menyalurkan bantuan-bantuan kebajikan dan pendidikan kepada masyarakat Islam Kemboja

Pengesahan Pelaksanaan Program Aqiqah
Sijil pengesahan pelaksanaan akan disahkan oleh imam masjid dan badan CEDO (Cambodian Community Education & Development Organisation)

Bayaran
Satu bahagian hanya RM250. Berminat sila hubungi nombor di bawah:
04-5732622

Pendaftaran
1)Datang sendiri ke pejabat STAIL/ SMART
2)Melalui wakil yang dilantik secara rasmi oleh pihak penganjur
3)Peserta hendaklah menyerahkan wang pendahuluan tidak kurang daripada RM 20.00
4)Pendaftaran dibuka sepanjang tahun

AKAUN KHAS AQIQAH
Nama akaun : Sekolah Tahfiz Al-Islah
No. akaun : 07040000375719
Bank : Bank Muamalat Cawangan Kepala Batas

Jumaat, 27 Mac 2009

Kaunter Promosi Di USM

Pada 24 dan 25 Mac yang lalu, kami telah membuka kaunter promosi sekolah di Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Upacara Konvokesyen USM Ke 39. Kakitangan yang terlibat adalah Pegawai Projek & Pembangunan Insan STAIL-SMART Budiyanto b Unggun, Nurul Huda bt Ghazali, Nur Shifa' bt Mohamad Fauzan dan Abu Bakar b Mohamad Ali.

Objektif kaunter promosi adalah untuk menjana dana pembangunan sekolah serta memperkenalkan sekolah kepada masyarakat. Aktiviti kaunter promosi adalah jualan buku-buku agama, air zam zam, sabun susu kambing, pelekat kereta, pencuci kereta dan baju kanak-kanak. Di samping itu juga, kami turut mengedarkan risalah-risalah berkaitan penjanaan ekonomi sekolah seperti boring wakaf bangunan/ zakat, umrah dan aqiqah serta korban di Kemboja.

Alhamdulillah, sepanjang dua hari berada di sana kaunter kami mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada orang ramai. Ada yang membeli, menderma dan bertanyakan meklumat berkaitan sekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang membeli dan menyumbang.

Selepas ini, kaunter promosi akan bergerak ke tempat lain pula bagi menjana dana pembangunan sekolah dengan harapan besar agar bangunan kekal dapat dibina dengan segera, insya Allah.

Khamis, 12 Mac 2009

Bantu Kami Mencapai RM2.5 Juta Bagi Pendidikan Islam

Bagi merealisasikan pembinaan kompleks pendidikan STAIL-SMART, kami memerlukan dana sebanyak RM2.5 juta. Oleh itu kami telah, sedang dan akan melakukan perkara-perkara berikut agar dana tersebut berjaya didapati:

1. Jualan wakaf bangunan
2. Menerima dan menguruskan zakat yang boleh mendapat pelepasan cukai
3. Menganjurkan ibadah korban dan aqiqah di Kemboja
4. Menganjurkan ibadah umrah
5. Menerima sumbangan
6. Menjual buku-buku agama, air zam zam, sos, serta produk HPA
7. Menguruskan buku Yasin khas untuk hadiah majlis perkahwinan
8. Menerima tempahan percetakan
9. Menganjurkan pakej motivasi untuk sekolah dan IPT
Kami amat mengharapkan agar orang ramai dapat membantu kami mencari dana pembinaan kompleks ini melalui cara-cara di atas. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi individu-individu berikut:
  • Ustaz Ahmad Fahmi b Abu Bakar - 013 4881601
  • Budiyanto b Unggun - 019 5235592
  • Mohd Syarifuddin b Che Li - 013 4476556
  • Nurul Huda Ghazali - 04 5732622

Isnin, 2 Mac 2009

Gambar-gambar Penanaman Cerucuk

Menjana Dana Pembangunan

Dalam melangkah ke dunia yang serba canggih dan maju, satu proses pendidikan yang mantap adalah diperlukan demi memastikan generasi masa hadapan adalah satu generasi yang seimbang, cemerlang, gemilang dan terus terbilang. Institusi pendidikan adalah acuan kepada pembentukan akhlak, intelektual ketrampilan umat mendatang. Oleh itu, Yayasan Generasi Rabbani (YGR) dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pulau Pinang telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah sekolah yang merangkumi pembelajaran tahfiz, akademik dan deeniyah (agama). Usaha tersebut telah membawa kepada penubuhan sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah Tahfiz Al Islah (STAIL) pada bulan Januari 2000 dengan bilangan pelajar generasi awal ini ialah seramai 30 orang.
Kini STAIL telah berkembang dengan pesatnya. STAIL yang dulu bermula dengan prasekolah, kini telah berkembang kepada pendidikan peringkat taska, sekolah rendah dan sekolah menengah. Setelah memperoleh sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat, STAIL telah mengorak langkah untuk membina sebuah bangunan kompleks pendidikan kekal yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi menampung keperluan semasa dan akan datang. Bagi menjayakan misi membina bangunan yang dianggarkan kosnya bernilai RM2.5 juta ini, STAIL telah melancarkan skim waqaf dan derma yang terbuka kepada semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama menyumbang. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk membiayai pembelian tanah dan pembinaan bangunan kompleks pendidikan.
Justeru itu, pihak STAIL amat berharap agar anda dapat menyumbang bagi merealisasikan hasrat pembinaan bangunan kompleks pendidikan.