Isnin, 2 Mac 2009

Menjana Dana Pembangunan

Dalam melangkah ke dunia yang serba canggih dan maju, satu proses pendidikan yang mantap adalah diperlukan demi memastikan generasi masa hadapan adalah satu generasi yang seimbang, cemerlang, gemilang dan terus terbilang. Institusi pendidikan adalah acuan kepada pembentukan akhlak, intelektual ketrampilan umat mendatang. Oleh itu, Yayasan Generasi Rabbani (YGR) dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pulau Pinang telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah sekolah yang merangkumi pembelajaran tahfiz, akademik dan deeniyah (agama). Usaha tersebut telah membawa kepada penubuhan sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah Tahfiz Al Islah (STAIL) pada bulan Januari 2000 dengan bilangan pelajar generasi awal ini ialah seramai 30 orang.
Kini STAIL telah berkembang dengan pesatnya. STAIL yang dulu bermula dengan prasekolah, kini telah berkembang kepada pendidikan peringkat taska, sekolah rendah dan sekolah menengah. Setelah memperoleh sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat, STAIL telah mengorak langkah untuk membina sebuah bangunan kompleks pendidikan kekal yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi menampung keperluan semasa dan akan datang. Bagi menjayakan misi membina bangunan yang dianggarkan kosnya bernilai RM2.5 juta ini, STAIL telah melancarkan skim waqaf dan derma yang terbuka kepada semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama menyumbang. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk membiayai pembelian tanah dan pembinaan bangunan kompleks pendidikan.
Justeru itu, pihak STAIL amat berharap agar anda dapat menyumbang bagi merealisasikan hasrat pembinaan bangunan kompleks pendidikan.

1 ulasan:

  1. salam...semoga dgn bantuan2 dr segi kewangan,tenaga dan apa-apa je lah..insyaallah STAIL wa SMART akan terrrbina dengan keredhaan ALLAH..yeah!!!

    BalasPadam