Pada 24 dan 25 Mac yang lalu, kami telah membuka kaunter promosi sekolah di Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Upacara Konvokesyen USM Ke 39. Kakitangan yang terlibat adalah Pegawai Projek & Pembangunan Insan STAIL-SMART Budiyanto b Unggun, Nurul Huda bt Ghazali, Nur Shifa' bt Mohamad Fauzan dan Abu Bakar b Mohamad Ali.
Objektif kaunter promosi adalah untuk menjana dana pembangunan sekolah serta memperkenalkan sekolah kepada masyarakat. Aktiviti kaunter promosi adalah jualan buku-buku agama, air zam zam, sabun susu kambing, pelekat kereta, pencuci kereta dan baju kanak-kanak. Di samping itu juga, kami turut mengedarkan risalah-risalah berkaitan penjanaan ekonomi sekolah seperti boring wakaf bangunan/ zakat, umrah dan aqiqah serta korban di Kemboja.
Alhamdulillah, sepanjang dua hari berada di sana kaunter kami mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada orang ramai. Ada yang membeli, menderma dan bertanyakan meklumat berkaitan sekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang membeli dan menyumbang.
Selepas ini, kaunter promosi akan bergerak ke tempat lain pula bagi menjana dana pembangunan sekolah dengan harapan besar agar bangunan kekal dapat dibina dengan segera, insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan