Rabu, 9 September 2009

RM1.5 Juta Diperlukan Lagi

Sekolah Tahfiz Al Islah dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz (STAIL-SMART) masih memerlukan RM1.5 juta bagi menyiapkan projek pembangunan kompleks baru. Sehingga kini, sudah RM1 juta dibelanjakan bermula daripada pembelian tanah yang bernilai RM261 360 lima tahun yang lalu. Sementara kerja-kerja penanaman cerucuk pula menelan belanja sebanyak RM276 059 dan kerja-kerja pembinaan dasar bangunan pula memakan kos sekitar RM300 000. Baki sebanyak sekitar RM200 000 digunakan untuk promosi, pembayaran khidmat guaman, sukat tanah, pembinaan sementara SMART sesi 2008, khidmat arkitek dan jurutera. Jumlah sebenar keseluruhan perbelanjaan sehingga kini ialah sebanyak RM1.03 juta. Semua pendapatan ini adalah bersumber daripada pembelian wakaf, pembayaran zakat dan sumbangan masyarakat.

Kerja-kerja pembinaan secara rasminya bermula bulan Disember 2008 yang lepas. Proses pembinaan dimulakan dengan penanaman cerucuk dan berakhir pada penghujung bulan yang sama. Selepas itu kerja pembinaan terhenti selama tiga bulan kerana dana tidak mencukupi. Kerja pembinaan disambung semula pada bulan April 2009 dengan pembinaan dasar bangunan dan berterusan hingga kini. Kini kerja pembinaan telah masuk fasa pembinaan lantai aras tiga.

Menurut Ustaz Ahmad Fahmi, Mudir Am STAIL-SMART, “Jika tiada halangan dan dana mencukupi, bangunan ini dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2010.” Oleh itu, pihak sekolah amat berharap muslimin dan muslimat terus memberikan sumbangan kewangan agar kerja-kerja pembinaan ini akan siap seperti yang dijadualkan. Pihak sekolah mengharapkan projek pembinaan ini tidak terhenti lagi kerana kekurangan dana. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, amatlah sesuai kepada muslimin dan muslimat memberikan sumbangan. Kepada yang ingin menyumbang dialu-alukan menghubungi pihak sekolah di talian 04 5732622 atau datang terus ke pejabat STAIL di Kg Tok Bedu, Tasek Gelugor.

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum,
    ustaz bagaimana dengan sumbangan daripada orang ramai mengenai Dana pembangunan ini.Saya ada satu kaedah mengenai cara mendapatkan sumbangan mudah melalui Kaedah Penjualan Emas Terpakai sekiranya Pemilik berminat untuk tujuan MEWAKAFKAN HARTA mereka.
    Sila hubungi saya ditalian 013 2482000 jika ustaz berminat dengan kaedah ini.

    Md Zamri
    Pengerusi
    Koperasi Usahawan Keris Emas Berhad

    BalasPadam