Jumaat, 19 Jun 2009
Rabu, 10 Jun 2009
Selasa, 9 Jun 2009
Kaunter Promosi STAIL-SMART Di EUB09 Capai Matlamat
Ekspo Usahawan Bumiputera 09 (EUB09) telah berakhir pada 7 Jun 2009 yang lepas. Kaunter Promosi STAIL-SMART yang berada di sana selama 10 hari bermula 29 Mei hingga hari terakhir, 7 Jun telah berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Antara matlamat kami menyertai EUB09 kali ini ialah untuk memperkenalkan sekolah kepada masyarakat dan menjana dana pembangunan bangunan baru yang bernilai RM2.5 juta.
Seorang pengunjung sedang mengambil gambar bahan pameran STAIL-SMARTSepanjang tempoh berada di EUB09 ini, Kaunter STAIL-SMART telah menerima lebih daripada RM5000 sumbangan derma, zakat dan wakaf. Di samping itu juga, jumlah jualan agak memuaskan. Antara produk yang dijual ialah baju lelaki, baju labuh muslimah, sabun susu kambing, air zam zam, stiker kereta dan syampu kereta. Semoga sumbangan dan belian orang ramai ini dapat membantu kami membina bangunan baru dengan lebih cepat, insya Allah.
Selepas ini Kaunter Promosi STAIL-SMART akan berada di bangunan Perkeso Seberang Jaya sempena program Seminar Menangani Isu Wanita Islam (SMIWI) anjuran Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) pada 28 Jun. Kami juga akan menyertai Karnival Keusahawanan dan Kesenian Islam di Masjid Daerah Balik Pulau pada 30 Julai hingga 2 Ogos. Kepada yang ingin memberi sumbangan dan mengetahui maklumat tentang STAIL-SMART jangan lupa kunjungi kami di tempat yang dinyatakan di atas. Selain itu juga, anda boleh terus datang ke pejabat kami di Kg Tok Bedu, Tasek Gelugor.
Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Semoga sumbangan anda diberi ganjaran oleh Allah.
Pengunjung sedang membaca maklumat STAIL-SMART Pengunjung menderma dan melihat bahan pameran
serta jualan di Kaunter STAIL-SMART
Tan Sri Mohd Isa b Abd Samad, Penanung EUB09
Rabu, 3 Jun 2009
Kaunter Promosi Di Ekspo Usahawan Bumiputera Malaysia 09
Ketika ini, sedang berlangsung Ekspo Usahawan Bumiputera Malaysia 09 di tapak ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang. Sekolah Tahfiz Al Islah-Sekolah Menengah Arab Tahfiz (STAIL-SMART) turut tidak ketinggalan menyertai ekspo pada kali ini. Ekspo kali ini dianggarkan disertai hampir 400 usahawan bumiputera yang menjual dan memperkenalkan pelbagai barangan keluaran mereka.
Kaunter Promosi STAIL-SMART seperti biasa akan memperkenalkan tentang sekolah kepada masyarakat. Perkara paling penting dalam promosi ini adalah bagi mendapatkan derma, sumbangan, zakat atau wakaf daripada orang ramai yang hadir untuk digunakan bagi pembinaan bangunan kekal yang sedang dalam proses pembinaan. Setelah lima hari ekspo ini berlangsung, sambutan yang diterima kaunter STAIL agak baik di mana ada individu yang memberi derma, membayar zakat dan wakaf. Di samping tu juga, jualan barang-barang tertentu turut mendapat perhatian terutamanya air zam-zam. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan borang pendaftaran kemasukan pelajar sesi 2010 juga boleh dapatkan borang tersebut di kaunter STAIL-SMART.
Kaunter Promosi STAIL-SMART di tapak ekspo ini diketuai oleh Pegawai Projek & Pembangunan Insan STAIL-SMART, Budiyanto Unggun dan dibantu oleh tujuh orang kakitangan STAIL-SMART yang bergilir-gilir menjaga kaunter ini.
Kepada anda yang masih lagi belum berkunjung ke Ekspo Usahawan ini, segeralah berkunjung sebelum terlambat dan jangan lupa singgah di Kaunter Promosi STAIL-SMART di lot G 14. Bantu kami mencapai RM2.5 juta untuk Pendidikan Islam.
Langgan:
Catatan (Atom)